Sihat Sepanjang Hayat - Kualiti terbaik pada kadar paling rendah |
![]() |
![]() |
Ditulis oleh SMR | |
Kerajaan memperuntukkan RM10.28 bilion bagi
pelaksanaan program kesihatan awam dalam tempoh RMK-9. Dengan kadar
bayaran serendah RM1, warganegara Malaysia berhak mendapat rawatan dan
ubat-ubatan
![]() Tabung Bantuan Perubatan (TBP) sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada warga miskin yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit barah, kencing manis, jantung dan angin ahmar yang dikenalpasti menjadi penyebab kematian yang tinggi. Tabung ini membolehkan pesakit membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan, pembelian ubat-ubatan atau peralatan perubatan.
Rakyat Malaysia juga dapat menikmati kemudahan
kesihatan dengan pelaksanaan projek-projek kesihatan utama Rancangan
Malaysia Ke-9 yang dimulakan sejak tahun 2006 lagi. Ini termasuk
penubuhan Institut Kanser Negara, Institut Kebangsaan Produk-Produk Asli
dan Biologikal, pembinaan hospital-hospital gantian dan baru dan
institusi latihan kesihatan. Pada 2007 tiga hospital baru akan dibina
dengan peruntukan RM125 juta di Shah Alam, Selangor; Pendang, Kedah dan
di Permai, Johor.
Bagi meningkatkan accessibility
untuk rawatan perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan
memperluas dan memperkukuhkan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak di
kawasan bandar dan kawasan luar bandar.
![]()
Kerajaan mensasarkan sebanyak 35
pasukan ditubuhkan pada setiap tahun bagi 2006 dan 2007 manakala 26
pasukan akan ditubuhkan bagi tahun 2008. Ini melibatkan perbelanjaan
sebanyak RM6.3 juta bagi tahun 2006 sahaja.
Pemeriksaan
kesihatan secara percuma ini dikhaskan kepada rakyat di luar bandar dan
kawasan terpencil mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pengambilan
makanan yang sihat dan seimbang dan yang mustahak mampu mengesan
penyakit kronik di peringkat awal.
|
No comments:
Post a Comment