Thursday 14 March 2013

Sihat Sepanjang Hayat - Kualiti terbaik pada kadar paling rendah

Sihat Sepanjang Hayat - Kualiti terbaik pada kadar paling rendah Cetak E-mail
Ditulis oleh SMR   
Kerajaan memperuntukkan RM10.28 bilion bagi pelaksanaan program kesihatan awam dalam tempoh RMK-9. Dengan kadar bayaran serendah RM1, warganegara Malaysia berhak mendapat rawatan dan ubat-ubatan percuma di klinik atau hospital kerajaan.
Tabung Bantuan Perubatan (TBP) sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada warga miskin yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit barah, kencing manis, jantung dan angin ahmar yang dikenalpasti menjadi penyebab kematian yang tinggi. Tabung ini membolehkan pesakit membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan, pembelian ubat-ubatan atau peralatan perubatan.
Rakyat Malaysia juga dapat menikmati kemudahan kesihatan dengan pelaksanaan projek-projek kesihatan utama Rancangan Malaysia Ke-9 yang dimulakan sejak tahun 2006 lagi. Ini termasuk penubuhan Institut Kanser Negara, Institut Kebangsaan Produk-Produk Asli dan Biologikal, pembinaan hospital-hospital gantian dan baru dan institusi latihan kesihatan. Pada 2007 tiga hospital baru akan dibina dengan peruntukan RM125 juta di Shah Alam, Selangor; Pendang, Kedah dan di Permai, Johor.
Bagi meningkatkan accessibility untuk rawatan perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan memperluas dan memperkukuhkan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak di kawasan bandar dan kawasan luar bandar.  Program perluasan ini akan dilaksanakan secara berfasa mulai dari tahun 2006 hingga 2008 dan mempunyai sasaran satu pasukan bagi setiap 500,000 penduduk.
Kerajaan mensasarkan sebanyak 35 pasukan ditubuhkan pada setiap tahun bagi 2006 dan 2007 manakala 26 pasukan akan ditubuhkan bagi tahun 2008. Ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM6.3 juta bagi tahun 2006 sahaja.
Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini dikhaskan kepada rakyat di luar bandar dan kawasan terpencil mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang dan yang mustahak mampu mengesan penyakit kronik di peringkat awal.

Pemodenan Pertanian - Perkasa jentera pertumbuhan negara

Pemodenan Pertanian - Perkasa jentera pertumbuhan negara Cetak E-mail
Ditulis oleh SMR   
Selaras dengan penekanan baru ke atas pertanian dan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi ketiga negara, RM11.4 bilion dalam RMK-9 akan disediakan bagi melaksanakan pelbagai program dan projek pertanian. Pada akhir tempoh RMK-8, sektor perbankan menyediakan kredit RM56.3 bilion untuk projek pertanian. Bank Pertanian Malaysia (BPM) pula mengeluarkan sejumlah RM3.4 bilion bagi meningkatkan pejenteraan ladang, menggalakkan penyertaan Bumiputera dan penyertaan siswazah dalam pertanian komersil serta menyediakan kredit mikro untuk pengeluaran makanan dan bantuan kewangan kepada EKS berasaskan pertanian.
Dana khas turut diwujudkan untuk memberi bantuan kewangan kepada petani, pekebun kecil dan  nelayan misalnya Dana Nelayan, RM63 juta telah memberi manfaat kepada 3,074 nelayan dan Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang menyediakan pinjaman bernilai RM79.6 juta kepada pertubuhan peladang.
Sejumlah RM88.6 juta juga telah dikeluarkan kepada 642 petani dan usahawan di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Tabung ini digunakan untuk membantu usahawan yang terlibat dalam aktiviti pertanian, pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa untuk memulakan dan memperkembang perniagaan. RM453 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai projek pengairan dan saliran pertanian serta sumber air bagi meningkatkan kawalan banjir dan bekalan air.
Sejumlah 260,930 usahawan dan petani telah dilatih di bawah program Latihan dan Khidmat  Pengembangan. Empat institusi latihan pertanian melaksanakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan berdasarkan Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) mulai tahun 2004. Semenjak pengenalannya, sejumlah 564 pelatih telah mendaftar dalam kursus berkaitan perikanan, sayur-sayuran, ternakan, pemprosesan makanan dan pemasaran.

Kekalkan kestabilan hidupan marin

Kekalkan kestabilan hidupan marin



SALAH satu agenda lawatan media ke Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ialah mendengar taklimat ringkas mengenai pusat penyelidikan yang dijadikan makmal Kajian Hidupan Ekologi Marin (MERC) milik Gayana Eco Resort. Gayana Eco Resort merupakan sebuah pusat peranginan berstatus mewah di Negeri Bawah Bayu.
Pada mulanya, kumpulan media yang diwakili 10 wartawan dari pelbagai agensi termasuk dari Hong Kong, mengandaikan pasti taklimat tersebut akan diselubungi kebosanan kerana ia sudah tentu tidak lebih daripada taklimat-taklimat biasa.
Sebaliknya, lain yang berlaku. Kesemua ahli kumpulan media tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh Pengarah Projek MERC, Alvin Wong.
“Inilah yang akan berlaku jika lautan yang dianugerahkan kepada kita dengan pelbagai hidupan sama ada yang diketahui atau masih menjadi rahsia alam lenyap dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.
“Manusia pula ketika itu terpinga-pinga apa sebenarnya yang terjadi, walhal merekalah penyumbang terbesar menyebabkan sistem ekologi yang sebelum ini mengimbangi hidupan marin sama ada yang bergerak atau duduk diam di dasar laut, muflis,” ujar Alvin sekali gus menyuntik kesedaran di hati pendengar.
Sambil jarinya pantas menekan punat untuk menukar gambar di layar, mata kami tertumpu kepada beberapa imej yang memaparkan kisah pencemaran laut dalam di samping mendengar taklimat yang diselang-seli dalam dialek Sabah.
Ternyata ia meninggalkan kesan di hati kerana gambar-gambar itu sudah cukup membayangkan bahawa pencemaran yang berterusan akan menyebabkan hidupan laut tidak terdaya untuk mengawal keseimbangan.
Berjiwa besar

KULIT kima gergasi terbesar turut dipamerkan di MERC untuk menarik perhatian pengunjung.


Harus diingat sebahagian besar permukaan bumi ini dipenuhi air. Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi jika laut tersebut tidak lagi mendapat keseimbangan sewajarnya.
Kata Alvin, sedar betapa pentingnya perkara itu, MERC muncul sebagai satu entiti kecil yang berjiwa besar iaitu memulihara dan melindungi aset utama yang menyebabkan ekosistem laut menjadi seimbang melalui terumbu karang dan kima gergasi.
“Selamatkan gergasi!,” laungnya pada akhir taklimat tersebut yang membuatkan hadirin tertawa.
Menurut lelaki berusia 46 tahun itu, dua jenis hidupan tersebut sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing tetapi mudah pula untuk dimusnahkan sama ada oleh tangan manusia atau diancam hidupan marin.
Sepanjang taklimat, Alvin beriya-iya memberikan persembahan terbaik kerana katanya, segala yang diperkatakan itu akan diterjemahkan di atas kertas oleh kami yang dijemput khas oleh majikannya dalam program yang julung-julung kali diadakan.
Jelasnya, memancing merupakan aktiviti yang dilarang di kawasan pulau kerana ia akan mencacatkan keseimbangan alam semula jadi laut.
“Selain itu, ancaman yang biasa dihadapi oleh terumbu karang dan kima gergasi adalah daripada nelayan yang menggunakan bom dan jaring yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan, kelunturan warna akibat pencemaran air dan pemanasan global.
“Pembuangan sampah ke dalam laut, terumbu karang dipijak oleh penyelam dan dirosakkan sauh juga menjadi ancaman kepada hidupan marin,” ungkapnya lagi.
Tambah beliau, pihak pengurusan mengenakan syarat ketat ke atas pekerja yang didapati sengaja mencemarkan laut atau memancing di kawasan pulau. Mereka boleh dipecat serta-merta dan tidak akan diambil bekerja semula kerana dianggap tidak menghargai alam sekitar.
Alvin memberitahu, pihaknya mengambil masa selama tiga tahun untuk menjaga anak kima gergasi sebelum boleh dilepaskan ke dalam laut untuk berdikari.
Daripada 100 telur kima gergasi, hanya dua atau tiga peratus sahaja yang berpeluang untuk hidup kerana terancam dengan hidupan lain.
“Kita juga telah membiak dan menjaga lebih 500 spesies kima gergasi yang telah dilepaskan ke laut pada 30 Mac lalu selepas kita yakin mereka mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kami,” katanya. Menurut beliau, kima mampu hidup hingga 100 tahun mempunyai berat lebih 200 kilogram dan berukuran 1.2 meter panjang jika tidak diancam musuh semula jadi dan baharu.
Operasi pembiakan
Ujar Alvin, mereka banyak melakukan teknik cuba dan gagal dalam operasi pembiakan terumbu karang dan kima gergasi.
“Kami banyak kali gagal ketika bereksperimen tetapi ia mengajar kami yang akhirnya kami beroleh kejayaan sedikit demi sedikit,” tuturnya.
Menurut Alvin, pada waktu siang kima gergasi membuka cengkerang dan mengunjurkan tisu mantel supaya alga yang berada di dalamnya menerima cahaya matahari yang diperlukan bagi proses fotosintesis atau menghasilkan makanan sendiri. Begitulah yang dilakukan oleh cengkerang itu agar ia dapat terus hidup.
Perkara itu diakui oleh pemilik Gayana Eco Resort, Gillian Tan, 28. Kata Gillian, pihaknya telah bertungkus-lumus untuk memelihara dan membuat kajian mengenai kedua-dua spesies yang jarang diambil peduli kebanyakan orang kerana ketidakfahaman mereka mengenai kepentingan hidupan tersebut.
“Kima gergasi diibaratkan seperti hati lautan yang membersihkan air sama dengan fungsi pokok yang menyegarkan udara.
“Bagaimanapun, pergerakannya yang perlahan dan tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya daripada ancaman perosak, kima gergasi kini menghampiri saat kepupusan,” katanya.
Tambahnya, atas dasar itulah dia dan keluarganya sanggup berhabis jutaan ringgit dengan mengupah pakar dan pekerja yang berkebolehan dalam memulihara hidupan marin di MERC. Mereka bagaimanapun tidak menerima sebarang dana daripada pihak luar untuk usaha murni itu.

PETA menunjukkan kedudukan Gayana Eco Resort di Pulau Gaya, Sabah.


Menurut Gillian, apa yang menyedihkan sikap manusia yang gemar makan makanan eksotik dan memburu kima gergasi untuk mengambil isinya yang kenyal sebagai hidangan manakala cengkerangnya pula dijadikan hiasan.
“Bagi membantah amalan itu, saya mencadangkan kepada sesiapa sahaja supaya tidak membeli, menjual atau memakannya kerana ia begitu penting untuk menstabilkan kitaran hidup hidupan marin,” tegasnya penuh makna.
Di MERC, pihaknya bukan sahaja membuat penyelidikan dan membiakkan terumbu karang tetapi turut memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah dan pelancong untuk mengetahui mengenai kepentingan menjaga keseimbangan hidupan marin.
Pemilik dua ijazah seni dan perdagangan dari Universiti New South Wales di Sydney itu memberitahu, pihaknya tidak sekali-kali membenarkan sebarang usaha atau perlakuan tidak bertanggungjawab individu yang ingin melihat laut di Sabah muflis daripada khazanah alam untuk menstabilkan keharmoniannya.
Gillian yang mewarisi syarikat itu secara turun temurun daripada keluarganya turut mengusahakan calet mewah di Pulau Gaya bagi membolehkan pelancong tempatan dan luar negara bercuti sambil menikmati keindahan pantai.

Tuesday 12 March 2013

Rakyat patut bersyukur insiden Lahad Datu masih ditangani dengan bijaksana — Muhyiddin

February 22, 2013
KOTA KINABALU, 22 Feb — Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana pasukan keselamatan negara masih dapat menangani secara bijaksana isu pencerobohan warga Filipina sejak 12 Feb lepas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Timbalan perdana menteri berkata apa yang penting sekarang ialah insiden itu diharap dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa berlaku pertumpahan darah.
“Insiden di Lahad Datu mempunyai kesan dari segi apa sahaja yang berlaku di negeri ini tentu ada impaknya.
“Tapi yang kita rasa bersyukur ialah bahawa soal itu telah dan masih ditangani secara bijaksana oleh pasukan keselamatan dan polis kita, dan ini telah dijelaskan dengan nyata oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa beliau berada di sini dan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar),” kata timbalan pengerusi Barisan Nasional itu kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu pencerobohan itu.
Beliau sebelum itu mendengar taklimat pilihan raya daripada pengerusi-pengerusi penyelaras bahagian BN Sabah di Bangunan Umno, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik bagi menangani isu pencerobohan itu seperti yang diharapkan rakyat.
“Kalau itu dapat kita lakukan, Insya-Allah, rakyat di negeri Sabah terutamanya akan rasa bahawa keselamatan sentiasa terpelihara.
“Mereka dapat menyaksikan kepimpinan di peringkat negeri dan juga pusat telah berusaha menyelesaikan masalah sensitif itu dengan keadaan yang baik dan impaknya adalah baik, katanya.
“Maknanya rakyat tahu kita boleh urus apa sahaja masalah yang timbul dan tidak membawa kesan buruk kepada negeri ataupun negara,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan akan memberi perhatian yang paling utama soal keselamatan rakyat Sabah. — Bernama

GEMPAR! PEMBUKAAN LADANG GIATKAN PEMBALAKAN HARAM DI GALAS!


Beberapa tahun lepas tatakala isu pembalakan haram ditimbul oleh bekas Setiausaha Parlimen Kementeriaan Alam Sekitar, Dato Sazmi Meah, pihak kerajaan PAS negeri mengeluarkan pelbagai macam helah untuk menangkis kenyataan tersebut termasuk melakukan serangan peribadi.

Sepanjang kempen pilihanraya kecil Galas ini, pihak kerajaan negeri hanya membisu tidak menjawab mengenai tuduhan salahguna kuasa dan penindasan terhadap rakyat tempatan khususnya orang-orang Asli berkaitan program Ladang Rakyat dan pajakan tanah kepada penanam sayur tanah tinggi.
Pembisuan ini mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan pembalakan haram yang begitu menggiat atas alasan pembukaan Ladang Rakyat dan ladang sayur. Kali ini, mereka tidak memberi helah lagi kerana kesannya dapat dilihat umum.

Walaupun ianya menjadi satu isu besar di PRK Galas, pembalak tidak pedulikan langsung perhatian yang mereka terima. Ini kerana mereka dilindungi oleh ahli-ahli politik PAS dan ahli jemaah exco kerajaan PAS negeri.

Dalam satu tinjaun oleh blog Keris Putera sini, lori-lori balak ini masih lagi melakukan pengangkutan balak pada pukul 5 petang walhal kegiatan tersebut hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Dikira lebih 30 lori balak melalui Jalan Kuala Krai-Machang dari Gua Musang pada waktu itu.



Kawasan balak yang terkawal di bawah sustainable logging sudah digazetkan. Tidak banyak kawasan yang tinggal untuk pihak kepimpinan PAS Kelantan membina dana perang. Maka atas alasan membuka ladang-ladang yang diuruskan oleh taukeh-taukeh Cina, mereka mengeluarkan permit pembalakan cuci mangkok.

Ini yang memperlihatkan kegiatan pembalakan begitu rancak sekali hingga jalan ke tanah tinggi Lojing ke Cameron Highland rosak-rosak dengan begitu banyak lori-lori balak menggunakan jalan. Akibat paling teruk dari pembalakan yang tidak terkawal adalah alam sekitar dan habitat orang-orang Asli.