Penulis Blogger memainkan peranan penting dalam menyebarkan informasi
terkini dan sebagai medium yang baru kepada sesiapa sahaja untuk
menyuarakan pandangan atau pendapat mereka.Tidak kiralah yang baik
ataupun buruk.Oleh yang demikian, Dato seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
sudah mula mengambil berat mengenai isu yang berkaitan dengan etika
seorang Bloggger di Malaysia.
Antara Kod Etika Blogger yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti berikut:
* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
* Tidak memplagiat hasil tulisan.
* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Kod Etika yang disarankan oleh beliau diharap menjadi garis panduan dalam menulis ' entri' dalam penulisan blog.
Kod Etika Blogger ini dikeluarkan setelah beliau tertarik dengan artikel A Bloggers’ Code of Ethics yang ditulis oleh CyberJournalist yang menyentuh mengenai etika dalam dunia penulisan blog.
Pada pandangan peribadi saya, Kod Etika Blogger perlu
terutamanya kepada penulis Blog yang menulis artikel yang berbaur
politik, menyentuh isu sensitif perkauman di Malaysia, hiburan dan
isu-isu semasa. Selain itu, isu-isu yang diutarakan oleh Blogger dalam
menyatakan dan memberikan pandangan peribadi mereka terhadap isu yang
dinyatakan sebentar tadi.
Namun begitu, dengan adanya kod etika sebegini, sedikit sebanyak
memberikan garis panduan kepada para pengendali blog di Malaysia dalam
menulis artikel blog mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru
menceburi bidang penulisan blog di tanah air.